Pesanan dari Sebuah DaiRi...


Nik Muhammad Amir Haizat

Duhai mata...anugerahmu bermakna buatku. Inginku kongsi coretan ini kerana aku sedih semalam mataku terlupa semasa dalam kelas ku mencari-cari di manakah mataku? rupa-rupanya mataku tak ada dalam beg kuliahku. Aku bagaikan orang buta yang terkapai-kapai untuk melihat tetapi aku akur dengan kuasaMu ya Allah...
Duhai Mata...nikmatmu begitu banyak tetapi apabila hilangnya nikmatmu dari pemiliknya maka pemilik itu akan sedar betapa pentingnya dirimu untuknya. Namun, semasa di kelas aku hanya menumpang kasih dengan kawanku untuk mengetahui pelajaran yang di ajar oleh lecture kerana ku tidak nampak untuk melihat dengan lebih jelas,terang dan kepastian.
Duhai mata...Oleh itu, jagalah mata sekelian wahai teman-teman dan umat manusia kerana mata anggota manusia yang penting untuk melihat kebesaran Allah di atas muka bumi ini dan mata juga dapat kita melihat keindahan alam yang cantik serta mata juga dapat kita mengenali dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Oh,sungguh besar perananmu MATA.
Info...sygilah mata anda,
Tips Menjaga Kesihatan Mata
Secara umum fungsi mata adalah sebagai indera penglihatan yang menerima rangsangan cahaya pada retina dengan perantaraan serabut-serabut Nervus Optikus, menghantarkan rangsangan ini ke pusat penglihatan pada otak untuk ditafsirkan.
Bukan rahasia lagi memang vitamin A merupakan faktor penting bagi keadaan kesihatan mata kita. Seperti yang selalu dianjurkan orang tua kita untuk banyak mengkonsumsi wortel yang terkenal dengan kandungan vitamin A-nya. Karana kekurangan vitamin A dapat menimbulkan beragam gangguan mata, salah satunya rabun senja. “Vitamin A memberikan energi dan menjamin regenerasi sel lebih baik,” terang dr. Ria Sylvia Sp.M, doktor spesialis mata dari RS Mata Undaan saat ditemui Tim eHealth di sela-sela kesibukannya.
Ketika ditanya bagaimana cara untuk menjaga kesihatan mata, ia kemudian menjelaskan bahawa mata yang sihat secara fizikal belum tentu sihat secara fungsi. “Orang minus itu kan matanya secara fizik baik-baik saja, tetapi fungsinya yang kurang,” jelasnya. Sehingga jika untuk menjaga mata sihat secara fizik maka:
Jaga kebersihan mata, seperti contohnya membersihkan kotoran mata yang kerap timbul di pagi hari. Kotoran mata ini merupakan air mata yang mengering.
Bagi Anda yang menggunakan contact lens, jaga kebersihannya untuk menghindari iritasi
Hindari trauma pada mata, seperti contohnya hindari tempat yang terlalu berdebu atau gunakan pelindung mata jika pergi ke tempat yang berdebu.
Jaga nutrisi atau asupan makanan sehingga dapat menjamin regenerasi sel dengan baik.
Jangan lupa untuk melakukan screening secara rutin, untuk anak-anak selama 6 bulan sekali, sedangkan untuk usia senja minimal memeriksakan keadaan mata 1 tahun-2 tahun sekali.