Pesanan dari Sebuah DaiRi...


Nik Muhammad Amir Haizat

Archives
Masakan yang ringkas tapi sedap..hehehe
Bahan-bahan
• ikan siakap
• 1 inci halia*
• 3 ulas bawang putih*
• 3 btg serai*
• 5 ulas bwg merah*
• serbuk lada hitam
• sos tiram 4-5 camca besar
• 2 biji limau nipis di perah air
• 2 biji lada besar
• 1 biji buah tomato potong dadu
• daun sup
• garam secukup rasa
• * ditumbuk/ blend
Cara-cara
1.bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15minit..
2.tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. masukkan tomato nk bg masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
3.stim la ikan siakap tu..kira2 20 minit.. kira 5 minit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..
Duhai mata...anugerahmu bermakna buatku. Inginku kongsi coretan ini kerana aku sedih semalam mataku terlupa semasa dalam kelas ku mencari-cari di manakah mataku? rupa-rupanya mataku tak ada dalam beg kuliahku. Aku bagaikan orang buta yang terkapai-kapai untuk melihat tetapi aku akur dengan kuasaMu ya Allah...
Duhai Mata...nikmatmu begitu banyak tetapi apabila hilangnya nikmatmu dari pemiliknya maka pemilik itu akan sedar betapa pentingnya dirimu untuknya. Namun, semasa di kelas aku hanya menumpang kasih dengan kawanku untuk mengetahui pelajaran yang di ajar oleh lecture kerana ku tidak nampak untuk melihat dengan lebih jelas,terang dan kepastian.
Duhai mata...Oleh itu, jagalah mata sekelian wahai teman-teman dan umat manusia kerana mata anggota manusia yang penting untuk melihat kebesaran Allah di atas muka bumi ini dan mata juga dapat kita melihat keindahan alam yang cantik serta mata juga dapat kita mengenali dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Oh,sungguh besar perananmu MATA.
Info...sygilah mata anda,
Tips Menjaga Kesihatan Mata
Secara umum fungsi mata adalah sebagai indera penglihatan yang menerima rangsangan cahaya pada retina dengan perantaraan serabut-serabut Nervus Optikus, menghantarkan rangsangan ini ke pusat penglihatan pada otak untuk ditafsirkan.
Bukan rahasia lagi memang vitamin A merupakan faktor penting bagi keadaan kesihatan mata kita. Seperti yang selalu dianjurkan orang tua kita untuk banyak mengkonsumsi wortel yang terkenal dengan kandungan vitamin A-nya. Karana kekurangan vitamin A dapat menimbulkan beragam gangguan mata, salah satunya rabun senja. “Vitamin A memberikan energi dan menjamin regenerasi sel lebih baik,” terang dr. Ria Sylvia Sp.M, doktor spesialis mata dari RS Mata Undaan saat ditemui Tim eHealth di sela-sela kesibukannya.
Ketika ditanya bagaimana cara untuk menjaga kesihatan mata, ia kemudian menjelaskan bahawa mata yang sihat secara fizikal belum tentu sihat secara fungsi. “Orang minus itu kan matanya secara fizik baik-baik saja, tetapi fungsinya yang kurang,” jelasnya. Sehingga jika untuk menjaga mata sihat secara fizik maka:
Jaga kebersihan mata, seperti contohnya membersihkan kotoran mata yang kerap timbul di pagi hari. Kotoran mata ini merupakan air mata yang mengering.
Bagi Anda yang menggunakan contact lens, jaga kebersihannya untuk menghindari iritasi
Hindari trauma pada mata, seperti contohnya hindari tempat yang terlalu berdebu atau gunakan pelindung mata jika pergi ke tempat yang berdebu.
Jaga nutrisi atau asupan makanan sehingga dapat menjamin regenerasi sel dengan baik.
Jangan lupa untuk melakukan screening secara rutin, untuk anak-anak selama 6 bulan sekali, sedangkan untuk usia senja minimal memeriksakan keadaan mata 1 tahun-2 tahun sekali.
Kek batik simple
kek yg mudah & sedap sgt....
Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 packet milo (packet yg plg kecil)
1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)
Cara-cara masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba
sering kt dengar bahawa telur ayam merupakan suatu makanan yg tdk sihat. Sebenarnya, telur merupakan salah satu drpd sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yg penting utk tubuh kita. Selain itu, telur jg menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya krn mudah disediakan. Telur merupakan sumber protein yg terbaik krn mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yg diperlukan oleh manusia, mudah dicerna dan diserap oleh tubuh dan protein telur jg mampu mengubah protein drpd sumber makanan lain spy lebih berguna kpd tubuh badan kita. Terdapat kajian yg dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukanlah punca sebenar penyakit koronari jantung. Salah satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bhw tiada kaitan antara pengambilan telur dgn penyakit jantung. Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yg mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yg mengambil telur melebihi sebiji sehari. Hasilnya, tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.
Jika ank terluka menyebabkan darah mengalir tdk henti, tindakan segera yg patut diambil ialah dengan menyapu lendir daun lidah buaya atau aleo vera. Lumurkan di bahagian terkena luka tersebut insya-Allah darah akan berhenti mengalir dan luka akan tertutup. Selain drpd itu, daun lidah buaya juga dapat diguna sebagai perapi kulit dan juga merawat parut dan jerawat....slmt mencuba!!
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kpd Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yg bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar utk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Taat dgn abuyanya yg sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yg masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pd Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...